top of page

KISAH SI CAKAR AYAM

Lukisan Cakar Ayam adalah sebuah lukisan, eh bukan sebuah je, dah beratus dah rasanya lukisan-lukisan yang berpaksikan kepada kehidupan gua sebagai seorang manusia. Kisah bermula seawal 1990-an, dimana gua mula melukis di dinding-dinding rumah tanpa menghiraukan kesakitan rotan buluh oleh bonda dan ayahanda. Meneruskan legasi dunia seni lukis daripada ayahanda gua, gua cipta sebuah jenama yang dikenali sebagai Lukisan Cakar Ayam kerana lukisan gua tak secantik orang lain. By the way lah kan, lukisan yang gua lukis ni lebih cenderung ke arah perasaan, feeling, dan apa kebenda lah yang gua rasa nak lukis, dan tidak semena-mena gua akan capai sehelai kertas A4 berserta pen, dan secangkir milo panas berserta tiga keping biskut kering. Tipikal-nya kehidupan gua sebagai seorang remaja yang baru bertatih merangkak naik ke alam yang lebih sakai dimana memerlukan gua untuk menjadi seorang lelaki yang kuat, maka gua harus move on daripada kehidupan lama yang entah apa-apa itu. Justeru, dengan segala hormatnya, gua menjemput engkorang semua untuk melihat lukisan-lukisan gua yang entah apa-apa tu semua, dan kalau engkorang suka, maka gua pun turut suka bersama. Sebarang cadangan, atau nak mintak gua lukis kan gambar engko, tak kiralah gambar engko sorang ke, gambar engko dengan pakwe atau makwe engko ke, atau apa jua gambar melibatkan seni potret, awal-awal lagi gua menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sebab gua tak pandai nak lukis potret. Gua bukan apa, gua tak berani nak amik risiko bagi meng-cakar-ayam kan muka engko yang dah nyata azali cun melecun dan cute itu. Tapi, kalau gua rasa nak lukis jugak potret muka sesiapa, itu maksudnya gua tengah terer lah tu. Akhir kata, terima kasih atas sokongan kalian terhadap lukisan gua ini. Komen atau cadangan sangat di alu-alu kan. :)

TERIMA KASIH.

Sila tinggalkan link blog / page / web korang dekat bawah ni. Rajin-rajin, gua pergi melawat

LUKISAN

CAKARAYAM
SINCE 1990
bottom of page